Monday, September 22, 2014

Gunakan masa yang ada sebaik mungkin

Dalam usia semakin 'remaja' ni, biasanya dalam usia 45 dan keatas, sudah mula rasa bosan, sepi, tak di sayangi, di pinggirkan dan sebagainya. Apa kah cara sebaik mungkin untuk kita isikan masa tu agar kita tidak merasakan tekanan pada setiap apa yang kita fikirkan, insyallah mudah mudahan dgn beberapa tips yang di kongsi ini dapat kita praktikkan sebaik mungkin, mungkin dah sampai masa untuk kita lakukan sesuatu dan hanya berduka, menangis dan menyalahkan keadaan, bangkitlah dan cuma untuk berdikari, cari sesuatu yang boleh di jadikan hobi atau kegiatan harian kita, janji apa yang kita lakukan tu menghiburkan diri kita dan tidak membosankan.  Beberapa Tips untuk isi masa anda

Kegiatan di luar yang anda boleh lakukan  antaranya..


1. Tingkat ilmu dengan menghadiri kelas kelas agama, atau mula mengaji semula (terapi jiwa) kembali pada Al Quran dan sunnah.


2. Mula berlari lari anak (bagus untuk bernafasan dan jantung) di sekitar rumah (flat) atau di sekitar taman yang di sediakan untuk beriadah.


3. Menyertai kelab masyarakat atau akar umbi, menyertai aktiviti yang di lakukan untuk masyarakat sekitaran perumahan anda, di samping menyertai aktiviti berkenaan, luaskan jaringan sahabat atau kawan kawan, mula jumpa kawan dan banyakkan berinteraksi sesama teman (dapat mengurangkan tekanan, sunyi dan sebagainya) moga dengan cari ini anda lebih ceria terhibur dan tidak sendirian lagi, dan kalau masa muda anda ada pengalaman seperti berikut:

* Design, Edit picture, Edit Video, Documentation, Event & planning, sosial dan banyak lagi

Bayangkan perkara perkara yang di sebut di atas tu sudah cukup dapat membantu segala aktiviti yang di anjurkan di akar umbi anda, tentu lebih meriah dengan orang orang seperti anda dapat sama sama memikul tanggung jawab mengendalikan nya sendiri, harus ingat, di balai balai rakyat ni segala yang di lakukan ada lah bersifat 'Sukarela' kalau anda suka buat kalau tak suka biarlah orang lain buat, jangan tamak pada pangkat atau jawatan, apa pun yang di lakukan haruslah memberi kerjasama pada teman teman setugas, barulah lebih seronok.


4. Bagi yang punyai pengalaman kaunseling tak kira apa saja jenis kaunseling, anda mungkin boleh membantu pusat keluarga dan kanak kanak bermasalah, mungkin dengan pengalaman dan pengetahuan anda dapat membantu keluarga keluarga jugak kanak kanak yang bermasalah, atau paling tidak cukupla sekadar ada untuk mendengar atau 'befriender' kerana yang mendengar tu lebih mulia dari yang berkata kata, dalam masa yang sama, kita dapat membantu tak banyak sikit masalah yang di kongsikan pada kita insyaAllah dan mungkin dapat juga salurkan pada mana mana badan kebajikkan yang sedia ada untuk sokongan buat mereka, mengikut pengalaman sendiri, bukan nama yang di minta atau pujian tapi, 1 perkara yang di alami sendiri adalah bila mana lihat senyum di wajah mereka atau dapat membantu masalah yang mereka hadapi sudah cukup gembira, kerana dapat meringankan bebanan fikiran mereka


5. Kalau suka memasak, boleh lah belajar dari youtube.com, banyak cara cara nak masak lauk atau buat kuih, sekarang ni senang apa kita nak tau cari saja di internet, mesti ada banyak video video yang dapat membantu kita, hati senang perut keluarga pun kenyang yer tak :), tau lah satu perkara dengan merajinkan tangan dan isi perut keluarga dgn kasih sayang dan penat lelah menyediakan makanan akan buat hubungan keluarga semakin rapat dan kita akan senantiasa di sayangi dan di hurmati, kata orang nak senangkan hati dan gembirakan suami jugak keluarga senang saja, tawan mereka dengan masakkan kita, insyallah setiap kali masuk kerumah, belum sempat kaki melangkan kaki kedalam rumah pastinya kelapa lah dulu masuk mencari kita :D (kalau tak percaya cubalah)


6. Kalau anda ni seorang yang minat pada Hijauan dan Sekitaran, apa kata anda tanamkan sifat berkebun, sama ada di halaman rumah atau di koridor luar rumah atau pun sertai di balai balai rakyat yang memberi ruang penduduk bercucuk tanam di tanah yang di sediakan oleh kerajaan untuk anda usahakan, tapi biasalah di singapura ni bukan banyak tanah pun tapi rasanya sekadar untuk mengisi masa tu boleh lah berkebun, tanam segala apa yang anda suka, ini pun terapi diri, bila kita lihat apa yang kita tanam tu hidup dan mula bernyawa dengan segar, pasti kita akan gembira melihat ia membesar masyaAllah hanya tuhan saja tau betapa usaha anda lakukan berkesan dan membuahkan hasil, malah boleh makan tanaman tu amboii tentu anda rasa seronok :) (janji anda happy sudahlah betul tak?)


7. Kalau anda minat untuk mempertingkat kan diri untuk belajar computer, maklum sajalah walaupun dah berusia anda juga tak semestinya buta IT yer tak? harus juga kehadapan dan faham tentang apa itu Internet, Gadget, 3G atau 4G HP, kesian kan kalau ada HP changgih tapi satu happa pun taktau nak gunakan melainkan menjawab 'hi' 'assalamualaikum' atau 'hello' adyuuiiyaii bila nak game mcm ni, dah tu bila hp dah changgih mesti ada camerakan hp tu, siapa pulak nak pergi transferkan gambar gambar kita tu ke FB dan bagaimana caranya :), ada teman teman yang beritau, katanya 'saya ni ada anak 4 orang, tapi sorang pun tak nak bantu saya upload atau ajar saya macam mana nak gunakan fungsi tu, macam kesian gitu, lama lama gambar terkumpul banyak dan hp penuh sarat dengan gambar' aduiiyaii kena ler cari cara macam mana nak belajar yer, tak apa kalau tak tau belajar lah atau tanya kawan kawan yang dah tau mengunakan.

akan di sambung....

No comments:

Post a Comment